Sometimes People Are Beautiful. Not in Looks. Not In What They Say. Just In What They Are!

IbuKu : TanDa 100 HaRi b4 KeMaTiAN

Tanggal 25 Oktober 2010 Isnin Ibu yang MelahirkanKu yg MembesarkanKu yg xkenal erti Lelah MemeliharaKu yg byk berkorban utkKu telah menyahut seruan Ilahi dan meninggalkn kami buat selama lamanya...
Disini Ku ingin kongsikan pengalamanKu sepanjang bersama Arwah Ibuku hingga Arwah disemadikan. Moga dengan sedikit Ilmu ini dapat kiter sama2 kongsikan n sedar yang kita semua pasti akan kehilangan orang yang paling kita sayangi n kita juga xkan terlepas dengan Kematian dgn kehidupan di Dunia yg sementara ini. InsyaAllah jadikan iktibar utk kita yg masih hidup n hargailah mereka yang masih hidup kerana kita akan menyesal yg tiada gunanya pabila kehilangan mereka. Ku masih ada Bapa n Ku harus teruskan kehidupan tanpa Arwah Ibu terCinta.Moga Roh Arwah IbuKu diCucuri Rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang berIman, Ameeennn...

Tanda2 100 Hari b4 Kematian pd Arwah Ibuku sebelum itu memang ada tetapi Ku akui ketika itu langsung tiada pengetahuan tentang Kematian n tidak menyedarinya n mungkin kerana Ku terlalu yakin yg Ku xkan kehilangan Ibunda tersayang n mengangap Arwah ibu hnya sakit biasa n akan pulih kemudian hari. Alangkah ruginya krn Ku kurang pengetahuan tentang ISLAM... SubhanaAllah...AllahuAkbar , Ampunkn Ku Ya Allah!



Berikut Tanda2 100 Hari Sebelum Kematian

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
 
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat.Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah SWT.
Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

*ya yg ini Ku mmg perasan Ibuku sangat berselera bila di suap makanan sehingga habis makanan itu sedangkan sebelum itu Ibuku tiada selera utk menjamah apa2 makanan pun. Ketika itu Ku sangat gembira kerana Ku sangkakan IbuKu akan sihat kerana melihatnya kembali berselera menjamu makanan.*

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
 
*Ya Allah, menitis air mataKu bila membaca Tanda 3 Hari ini kerana Ku dh terasa yg Ku akan kehilangan Ibu Tercinta wat selama lamanya n ketika ini ku hnya tau menangis di pangkuan Ibuku yg hnya memandangKu tnpa berkata apa2. Paling ketara Ku lihat telinga ibu nmpk perubahan tpi ku tetap lawan menidakkan ianya tanda2 yg Ibuku akn pergi...Ya Allah Ampunkan HambaMu ini Ya Allah kerna Lalai dan merugikan...*

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sesungguhnya mengingati MATI itu adalah bijak...

p/s : 





If People Are Trying To Bring You DOWN It Only Means That You Are ABOVE Them!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ThiS BLoG Is PRoTEcTeD ~ CoPyRigHT 2009 - 2013 © DeSiGn By Me LiZs IsMaIL