Sometimes People Are Beautiful. Not in Looks. Not In What They Say. Just In What They Are!

Senggugut!!!

For ladies only!!! Lelaki xde senggugut so g main jauh2 la hehehhe tpi nak baca pun bleh utk ILMU gak supaya korang tau camner nak atasi or berdepan dgn wanita2 yg senggugut tuh nanti especially ibu2 kakak2 adik2 bini2 or aweks korunk... 

Ku start senggugut nih pd mula hadirnya piyed dari belasan tahun sampailah skang yg dh cecah 30an fuhhh lama btol! Sakitnya hnya Tuhan shj yg taw dari paras pinggang hingga ke bawah sebab tuh lah emosi kurang stabil. Sblum nih ku hnya amalkn memakan pil PONSTAN (kaler biru) dr klinik. Ubat nih penahan sakit senggugutku stiap kali dtg piyed. Ubat nih jga leh kurangkn kesakitan di kepala n lengguh2 pd badan. Tpi xlama kmudian Ku dh stop mkn ubat Ponstan n Ku bertukar kpd MONAVIE  promote jab  nak tau klik je k siyesly n honestly alhamdulillah bkn senggugut jek yg kurang sakit but olso xyah ikat perut utk DIET!!! ehehehe Ku sendri dh mencubanya mmg berbaloi...

okeh Ku nak kongsikn sdikit info Tentang Senggugut ... utk diriku gak n utk kamu2 yg merana dgn senggugut nih... jom baca 

Apa Itu Senggugut?

Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea. Ia merujuk kepada kesakitan yang dialami semasa permulaan haid. Ia mungkin lebih teruk semasa 2 hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali haid. Bagi sesetengah gadis, mereka mengalami senggugut yang teruk manakala yang lainnya, cuma kesakitan yang agak sederhana atau sedikit.

Apa Yang Menyebabkan Senggugut?

Anda mungkin mula mengalami senggugut sekitar 6 hingga 12 bulan selepas bermulanya haid yang pertama. Untuk sesetengah gadis lain, mereka mungkin mula mengalaminya apabila mereka berumur 20 atau 30 tahun. Kesakitan senggugut ini adalah disebabkan pengecutan atau pergerakan kuat otot-otot uterus. Senggugut mungkin menjadi disemenorea primer atausekunder bergantung kepada penyebabnya :


Dismenorea Primer

Kebanyakan gadis telah mengalami senggugut bermula haid pertama mereka atau sejurus selepas itu. Gadis yang mendapat haid pada umur 12 tahun atau lebih awal dan mereka yang mempunyai haid lebih lama lebih berkemungkinan untuk mengalami dismenorea primer.

Dismenorea jenis ini tidak disebabkan oleh penyakit lain seperti ketumbuhan abnormal ataupun jangkitan. Doktor mungkin tidak akan menjumpai apa-apa yang luar biasa pada tubuh semasa pemeriksaan. Punca-punca dismenorea primer termasuklah :



* Ketidakseimbangan bahan kimia – Oleh kerana keseimbangan merupakan perkara utama dalam mengekalkan kesihatan, ketidakseimbangan sesetengah bahan kimia di dalam tubuh boleh menyebabkan senggugut.

Bahan kimia yang menyebabkan senggugut adalah prostaglandin. Prostaglandin merupakan kimia yang membuatkan kita merasai kesakitan apabila ia berinteraksi dengan penghujung saraf kesakitan dalam tubuh.

Wanita yang mengalami senggugut menghasilkan lebih banyak prostaglandin di dalam uterus mereka. Ini menyebabkan otot di dalam uterus mereka bergerak lebih kuat dan lebih kerap pada hari pertama haid. Semakin kuat pergerakan otot uterus semakin kurang  darah mengalir ke kawasan itu. Kekurangan aliran darah ini menyebabkan hujung saraf di dalam uterus semakin sensitif pada kesakitan.

* Genetik - Ada juga yang berkata gen mungkin memainkan peranan penting di sini. Sekiranya anda mengalami senggugut, kakak, makcik atau ibu mungkin turut sama mengalaminya.


Dismenorea Sekunder

Dismenorea sekunder adalah apabila senggugut bermula sekitar 2 tahun atau lebih selepas period pertama. Sesetengah wanita yang mengalami senggugut jenis ini dapat diubati dengan pil penahan sakit. Senggugut jenis ini memerlukan rawatan lanjutan oleh doktor.




Dismenorea sekunder disebabkan oleh :

# Ketumbuhan polips atau sista pada ovari atau uterus
# Jangkitan
# Radang rongga pelvis
# Endometriosis
# Penyakit usus seperti apendisitis
# Kehamilan ektopia atau kehamilan di dalam tiub fallopio

Wanita yang menghidap endometriosis kadang-kadang mengalami senggugut yang amat teruk. Ia boleh berlaku setiap kali mereka haid. Endometriosis terjadi apabila sebilangan kecil tisu yang menyerupai uterus tumbuh dalam struktur lain pada tubuh.


Mengapa Ada Yang Mengalami Senggugut dan Ada Yang Tidak?

Sesetengah wanita mungkin mempunyai gen yang menyebabkan mereka lebih terdedah kepada senggugut. Beberapa kajian menunjukkan gen merupakan faktor utama. Gen membuatkan seseorang mengalami tahap senggugut yang berlainan.

Faktor lain seperti diet dan suasana persekitaran juga memainkan peranan. Diet yang berlemak, rendah protein dan rendah serat boleh meninggikan risiko untuk mengalami senggugut.


Pengambilan gula yang banyak dan alkohol serta kopi semasa haid boleh mengakibatkan senggugut. Wanita yang merokok lebih berisiko untuk mengalami senggugut berbanding yang tidak merokok. Rehat yang tidak mencukupi dan tekanan yang tinggi di tempat kerja dan sekolah boleh mengganggu keseimbangan bahan kimia di dalam badan seterusnya mengakibatkan senggugut.

Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan senggugut. Ada faktor yang tidak dapat dielak seperti gen tetapi faktor lain seperti diet boleh diubah. Jadi, sebenarnya senggugut boleh dicegah atau setidak-tidaknya boleh mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.


Bolehkah Senggugut Dicegah?

Bagi dismenorea primer, doktor akan memberi rawatan seperti pil perancang dan pil penahan sakit. Anda boleh mengurangkan kesakitan atau kekerapannya dengan hidup secara sihat. Beberapa langkah untuk panduan :

# Perbaiki diet. Jangan cuba untuk hilangkan berat badan secara drastik. Makan makanan yang mengandungi banyak protein dan tinggi kandungan seratnya. Makan banyak sayur-sayuran, kekacang, ikan salmon, ikan sardin dan parsli

# Kurangkan garam

# Variasikan pilihan minuman. Banyakkan minum jus buah-buahan. Ia lebih enak dan sihat berbanding aiskrim atau minuman berkarbonat. Elakkan teh dan kopi beberapa hari sebelum haid

# Ambil vitamin tambahan. Ambil Vitamin B dan E. Boleh juga menambah magnesium dan kalsium dalam diet. Beritahu doktor sebelum mengambil sebarang vitamin. Sesetengah vitamin boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan yang lain dan mengakibatkan kesan sampingan jika diambil berlebihan.


# Bagaimana dengan lemak yang berkualiti? Ya! Banyakkan makan salmon dan tuna. Ia mengandungi lemak asid omega 3 yang tinggi dan boleh mengurangkan kesakitan senggugut

# Kekal aktif. Anda boleh meneruskan aktiviti harian dan kekal cergas semasa haid. Joging dan berjalan bersiar-siar juga membantu. Anda boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk bersenam. Bersenam telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan dismenorea

# Berhenti merokok

# Tenangkan fikiran. Belajar untuk meditasi. Anda juga boleh mendengar lagu atau meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan menonton filem komedi. Bergelak-ketawa juga dapat menenangkan urat saraf.

*** copy paste info from SIHAT SELALU *** 




Wassalam
bye ;)









If People Are Trying To Bring You DOWN It Only Means That You Are ABOVE Them!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ThiS BLoG Is PRoTEcTeD ~ CoPyRigHT 2009 - 2013 © DeSiGn By Me LiZs IsMaIL